TIPS CINTA: SEBAB BERLAKUNYA KONFLIK PERCINTAAN

konflik cinta
Konflik Percintaan: senyuman disebalik derita
(Photo:Google Image)
Dalam hubungan percintaan, bukanlah sepanjang hari sepanjang tahun anda berasa bahagia. Pasti berlaku konflik sama ada disedari atau tidak. Mungkin di awal percintaan saling memahami lantaran masing-masing sedaya upaya susah payah tutup segala kelemahan. Berikut tiga perkara Cik Cinta kongsikan kepada anda perkara yang sering menyebabkan berlakunya konflik percintaan:

1)     SIKAP EGO DAN PANAS BARAN

     Hisshh..kalau belum kawin dah merasa 5..6 kali tamparan baik tak payah teruskan. Ini untuk baran tahap serius..asal korang cakap sepatah je kena pelempang. Bayangkan dah kawin hari-hari kena pukul tak ke menderita. Tapi kalau pasangan anda cuba dan berusaha untuk berubah, tak salah anda membantu. Selain itu, kalau dua-dua ego, sorang pun tak mahu mengalah susah jugak. Masing-masing ada pendirian dan perasaan tidak mahu mengalah.

2)     TIADA SIKAP PERCAYA PADA PASANGAN

Bayangkan setiap detik dilalui penuh perasaan curiga dan tidak percaya pada pasangan anda. Mesti anda tidak dapat melakukan rutin harian dengan tenang. Paling membuatkan pasangan anda bagai ‘dikurung’ apabila setiap saat dan detik anda asyik call..mesej pasangan anda bertanya kepadanya dengan penuh perasaan curiga. Pasti pasangan anda tidak mempunyai ruang untuk dirinya sendiri.

3)     TERLALU CEMBURU
Ini bahaya nihh. Orang kalau cemburu macam-macam boleh jadi. Kalau anda rasa sikap cemburu yang ditunjukkan pasangan anda itu sweet, Sila teruskan, kalau rasa macam bala je mohon lari jauh-jauh dalam erti kata lain cepat bertindak agar tidak memburukkan keadaan.

Itu sahaja untuk malam ini . Bahasa skema gila...takpe nanti Cik Cinta try tulis ayat santai-santai. Ok. J SELAMAT MALAM

-Cik Cinta-
6/6/2016

Share this:

CONVERSATION

1 comments: