CORETAN CIK CINTA: KENAPA LELAKI CURANG?

lelaki curang pemusnah kebahagian
Kebahagiaan musnah kerana sikap curang
(photo:google image)

Kenapa lelaki curang? Itulah yang berlegar di otak Cik Cinta. Zaman sekarang ni banyak media sosial yang boleh kita akses dengan jayanya. Jadi, Cik Cinta selalu baca kisah-kisah di media sosial mahupun di surat khabar yang siarkan kisah-kisah keruntuhan rumahtangga. Kadang-kadang geram jugak Cik Cinta baca story tu semua.

Paling-paling Cik Cinta tak boleh terima ada suami sanggup kata macam-macam kat isteri. Busuk..selekeh. Amboii sedap betul bahasa. Cik Cinta bersetuju dengan pendapat beberapa netizen kalau nak isteri cantik..wangi rajin-rajinlah hulur duit lebih untuk isteri takpun bawak isteri pergi spa ke..jangan tau nak kutuk je masa bercinta puji sampai langit ketujuh (ada ke?).

Kalau ada anak dua tiga orang masih kecil memang agak susah nak rapi macam zaman sebelum kawin tapi memanglah tak boleh dijadikan alasan tapi bertimbang rasalah nak mengata isteri (banyak pulak tapiii). Ini tak, luah perasaan seolah-olah isteri tak ada perasaan. Cik Cinta jaga adik-adik Cik Cinta penat gila masa ibu Cik Cinta tak ada kat rumah Cik Cintalah menjaganya.Pagi Kemas-kemas rumah tak sampai tengah hari berselerak. Apa lagi membebel lah Cik Cinta kat adik-adik Cik Cinta.Pernah Cik Cinta tak tidur malam semata-mata nak pastikan adik-adik tidur lena.Bimbang binatang bisa masuk rumah semua tu. Masa tu Cik Cinta terfikir bagaimanalah seorang ibu tabah menjaga anak-anak. Cik Cinta jaga sehari pun mengeluh je.Biasalah Cik Cinta muda belia ini mestilah nak bergembira je (kejamnya aku..Gembira nak berfb,sembang,tengok tv). Bagaimanalah perasaan seorang isteri bila tahu si suami mengutuk dia?

Si Suami pun gunalah akal nak cantik-cantik isteri ini tak! guna akal untuk pologami je. Sunah katanya. Setahu Cik Cinta banyak lagi sunah nabi boleh buat. Si Isteri banyak berkorban apa salahnya si suami berkorban untuk isteri..Kesimpulan Cik Cinta untuk lelaki tambah-tambah untuk suami curang ialah..

1)      GATAL
2)      GATAL
3)      GATAL
4)      GATAL
5)      Dannnnnn GATAL..(kalau anda  lelaki budiman mohon jangan terasa).

Ok..kalau kekasih curang tu apa pulak? Ntahlah Cik Cinta tak terfikir pulak..mungkin gatal jugak kot hahaha (gelak jahat).
_cikcinta_

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment